Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 1

A A A
Alkitab Versi Borneo

Jilid I: 1 – 41

1Diberkatilah orang

yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim

atau berdiri di jalan orang berdosa

atau duduk di kerusi orang yang mengejek.

2Tetapi dia bersukacita dengan hukum TUHAN,

dan merenung hukum-Nya siang dan malam.

3ADia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan,

yang menghasilkan buahnya pada musimnya dan daunnya tidak layu.

Apa sahaja yang dilakukannya berjaya.

4Tidak demikian orang zalim!

Mereka seperti sekam yang dilayangkan angin.

5Oleh itu, orang zalim tidak akan bertahan dalam penghakiman,

begitu juga orang berdosa dalam perhimpunan orang benar.

6Kerana TUHAN menaungi jalan orang benar,

tetapi jalan orang zalim akan binasa.